ALASAN

 By Anwar Mc Noo


Pukul 8 pagi. Hari Sabtu. 

Di asrama Umar al Khattab. Angin pada pagi itu meniup lembut. 

Suasana asrama senyap.

“AMIRRR! AMIRRRRR!” Jeritan itu memecah keheningan pagi.

“AMIRRR!!” Jerit fakhrul. Sekali lagi.

Senyap. Tiada yang menyahut laungan itu.

“Mana dia ni?” Tanya Fakhrul bersendirian.

“Assalamualaikum ooo assalamualaikum.” Kata Fakhrul sambil mengetuk pintu nombor 2 tingkat 5 blok 4 itu.

“Waalaikumusalam.” Balas Adli, teman sebilik kepada Amir yang sedang mengulangkaji. Adli bangun dan melangkah ke pintu biliknya. Buku rujukan Microbiology nya ditanda pada muka surat yang baru.

“Amir ada tak?” Tanya Fakhrul dari depan pintu.

“Amir tak ada di sini, pagi-pagi tadi lagi dia dah keluar bawa labcoat dan laptop tadi dengan kunci motor. Mungkin dia lepak di library kot sambil-sambil tunggu kelas Physiology kita kejap lagi.” Jawab Adli.

“Oh, yeke? Okay okay, aku ada hal sikit dengan dia hahaha, terima kasih Adli, aku gerak ke sana jugak lah, kita jumpa kat kelas nanti.”

“Haha okay, InshaAllah bro, see you there.” Jawab Adli.

Fakhrul mengambil topi keledarnya di biliknya dan melangkah pantas ke arah lif kemudian terus ke tingkat bawah. Motor Modenas Kriss merahnya terus dihidupkan dan terus ditunggang ke library. 

Ala-ala Rossi ditunggangnya. Laju.

Sampai sahaja di library, Fakhrul terus naik ke tingkat dua, dia tahu Amir akan ada di satu spot yang selalu digunakannya kalau hendak study berseorangan. Favourite spot bak kata orang putih.

Sampai sahaja di tingkat dua, Fakhrul terus melangkah pantas ke section sebelah kanan library. 

Dari jauh, dia sudah dapat melihat kelibat Amir beserta laptop biru di hadapannya  dan earphone di kedua-dua telinganya. 

"Study lah tu." Bisik hati Fakhrul.

"Amirrrrr!"Pantas Fakhrul bergegas mendapatkan sahabatnya. 

Terus Fakhrul menutup mata Amir dari belakang dan bertanya, “Guess who?” 

“Siapa lagi kalau bukan kau, Fakhrul. Aduh klise kot style ni, move on please. Dahlah bising. Kau tahu kan sini tempat orang nak belajar." Amir berpaling ke belakang.

“Hahahaha yelah yelah. Aku tahu. Sorry bruh. Aku nak study sekali boleh?” Tanya Fakhrul sambil meletakkan beg galasnya ke atas meja di depan Amir.

“Hm, okay je. Boleh, jom teman aku habiskan ulangkaji tajuk Histology ni. Complicated jugak.” Kelihatan Amir sedang menukar setting audio di laptop-nya. 

“Kann. Tula.... By the way...weh, hmm aku kan..” Fakhrul mula menggumam.

“Eh, kau ada cakap apa-apa ke?” Amir menoleh ke arah Fakhrul yang duduk di sebelahnya.

“Haha eh takde pape, aku baru nak bukak buku ni.” Jawab Fakhrul sambil mengeluarkan buku nota Histology-nya.

Mata Amir kembali dialihkan kepada skrin laptop-nya.

“Aku rasa….penglibatan aktif aku ni masalah lah, Mir. Quiz aku rendah. Assignment aku banyak tertinggal. Hantar lambat. Buat last minute. Bila meeting pulak aku selalu terlepas updates. Exam dah nak dekat tapi aku tak tahu nak study ape. Aku tak tahu chapter apa aku lemah. Chapter apa aku yang aku senang faham. Amalan aku pun semakin tertinggal. Banyak weh......Banyak aku terlepas.” Fakhrul berkata sambil menyelak halaman buku notanya.

Amir hanya fokus kepada skrin laptopnya. Sambil jarinya terus laju menekan keyboard.

“Aku rasa....kan.....mungkin salah aku join society and handle program sana sini. Masa aku makin sikit untuk study. Aku takde masa nak baca Quran. Aku hilang masa nak call parents.” Sambung Fakhrul.

Amir masih lagi dalam keadaan yang sama. Hanya memandang skrin laptopnya. Fokus.

“Semua ni ganggu fokus aku. Aku dah tak tahu mana aku nak prioritize. Aku hilang skill nak utamakan mana yang utama. Aku nak quit study pun ada weh. Ni semua beban, aku rasa. Kau rasa patut tak aku ambik keputusan ni?” Soal Fakhrul sambil meletakkan dagunya di atas meja. Buku notanya diletakkan di tepi.

Amir menghela nafas perlahan.

Kemudian, kedua-dua earphone diturunkan dari telinga Amir. 

“Kau tolong jaga laptop aku jap eh? Aku nak ambik buku jap belah sana.” Tiba tiba Amir meletakkan earphone-nya di sebelah laptop.

“Oh okay Mir.” Akur Fakhrul.

Amir berlalu pergi. Sempat dia mengalihkan skrin laptopnya ke arah Fakhrul sebelum dia terus melangkah dan menghilang di celahan rak-rak buku Biochemistry.

“Hmph, bukannya dia dengar pun apa aku cakap panjang-panjang tadi....Penat je aku cakap. Tapi takpelah, rasa lega....” Keluh Fakhrul perlahan.

Fakhrul menjeling jam tangannya. Ada 20 minit lagi sebelum kelas bermula. 

"Takpelah, boleh lelap kejap ni." Monolog Fakhrul.

Sedang fakhrul hendak meletakkan kepalanya di atas meja, Fakhrul perasan ada sesuatu di atas paparan skrin laptop sahabatnya itu tadi.

Ada tiga baris ayat. Font Calibri. Saiz 48.

KEPADA SAHABATKU,
APA YANG KAU PERLUKAN ADALAH PERANCANGAN. DAN USAHA YANG BERTERUSAN.
BUKAN ALASAN. ALASAN ADALAH HALANGAN. BUKAN PENYELESAIAN.

Ringkas, namun penuh makna.

“Eh….kau….kau..dengar ke..semua..tadi?” Monolog Fakhrul sendirian. 

Pandangannya dialihkan kepada rak-rak buku tadi. Fakhrul kemudian memandang ke setting volume. Amir sudah mute rupanya dari tadi.

Amir dengar rupanya semua tadi.

Dia tersenyum sendirian.

“Terima kasih, Mir. Terima kasih.” Sambung Fakhrul sendirian.

Comments

Popular Posts