Are You Okay?

By Anwar Mc Noo 

“Be kind. For everyone you meet is fighting a hard battle."
(Philo)

“Being there for a friend is one of the greatest gifts you can give. Another one is allowing them to be there for you, too."
(Doe Zantamata)

“To us, family means putting arms around each other and being there.”
(Barbara Bush)

Tok. Tok. Tok.

Pintu biliknya diketuk perlahan. 

“Ye…siapa..” Alya bangun ke arah pintu biliknya.

Pintu biliknya dibuka perlahan.

“Hai Alyaaaaaaa! Morningggggggg!” Sapa Kak Amalia ceria dari luar bilik. 

“Hahaha….Kak Ama rupanya…” sapa Alya sambil tersenyum kecil dan menggeleng perlahan.

“Mel lahh…haih…kan dah cakap Ama tu panggilan kat sekolah je…sekarang dekat Uni dah so panggil Mel okay! Lagipun akak kan comel so synonym kut dengan Mel tu.” sambil mencubit hidung Alya.

“Haha…baik kak Mel. Masuk-masuk.” Alya mempersilakan seniornya masuk sambil menepis perlahan tangan Kak Amalia di hidungnya.

“So how’s your weekend, Alya? Or should I say, ada weekend tak minggu ni? Haha. By the way, semalam akak tengok forum Alya. Padulaa speaker! Suka your thoughts on how our welfare approach should be improved.” Sambil Kak Amalia duduk di katilnya.

“Haha..ya Allah segannya kak. Weekend? Tula. Sedar-sedar esok dah Isnin hmmm. Dan semalam tu saya cuma memenuhi jemputan je kak..lagipun memang tanggungjawab…akak time jadi exco Kesatuan Pelajar pun dulu macam tu kan..” respon Alya sambil memusingkan kerusi meja belajarnya menghadap Kak Amalia.

“Haha…yelah tu. Good old times. Tapi lagi kagum dengan awak. Banyak dah improve from us. I am proud to see how you have developed, Alya…by the way…Alya okay? Tanya Kak Amalia ambil memeluk bantal Alya.

“Haha…mula la tu…saya okay je Kak Mel...akak dah makan?” Tanya Alya.

“Hahaha… ingat eh, jaga welfare orang lain tu memang amanah korang, Alya. Tapi jangan welfare sendiri kelaut. Itu amanah jugak! And akak dah makan! Mana boleh miss makan! Haha.” Jawab Kak Amalia panjang lebar.

“Haha randomnya, kak. Baikk, duly noted.” Alya memberi respon sambil mengangguk perlahan. 

“Eh, Alya harini free tak?” Matanya cerun memandang wajah Alya.

“Randomnya, kak. Haha.” Alya memberi pandangan keliru.

“Haha.. akak perlukan teman nak keluar petang ni. Akak ingat nak culik masa awak kejap petang ni. Sudi tak?” Sambil memandang meminta anggukan.

“Hahaha…harini free je. Semua mesyuarat dah diawalkan ke semalam jadi harini free. Cuma hmmmm kita keluar lepas saya habis study Zuhur nanti, onz?” Jawab Alya sambil menjeling jadual belajarnya.

“Hahaha, awal nau gi time Zuhur. Kita gi lepas solat Asar la, onz? Awak tidur la kejap lepas study ganti the previous sleepless nights tu.” Balas Kak Amalia sambil menjeling nakal.

“Haha..okay! Kalau Asar nnt akak perasan saya senyap aje, akak tolong call boleh? Takut saya terlajak. Haha.” Soal Alya.

“Sure, I will! Haha! Nanti akak park kereta bawah blok Alya terus.” Jawab Kak Amalia sambil mengangguk laju dan memberi thumbs up.

_______________________________ 

5.30 pm. Selepas solat Asar.

“Guna kereta siapa ni, kak?” Tanya Alya sambil berjalan menuju ke kereta Perodua Viva berwarna putih itu.

“Haha, member akak.” Jawab Kak Amalia sambil tersenyum.

“Akak nak saya drive ta…” Alya menyoal.

“No need. Lemme do the driving. Lagipun akak yang ajak kan.” Laju Kak Amalia memintas soalan Alya.

“Haha. Fine, I cannot argue, kan? Haha.” Alya mengalah sambil mengangkat kedua-dua belah tangan.

“Haha. No miss honorable exco. Now, pakai seatbelt, nanti kereta ni bunyi.” Kak Amalia sempat remind sebelum mereka bergerak.

Enjin dihidupkan dan kereta terus menuju ke luar kampus.

Senyap. 

Sunyi seketika. 

Radio dibiarkan berbunyi perlahan.

“Akak, em. Kita nak gi mana eh?” Soal Alya kerana tidak dapat meneka destinasi mereka.

“Hahaha. Our favourite spot.” Jawab Kak Amalia sambil mengenyit mata ke Alya.

“Seriousla…….pantai ke?” Mata Alya mula bersinar.

“Hahaha. Of course. Rehat je. Nanti kalau dah sampai, akak kejutkan awak kalau awak terlelap.” Jawab Kak Alya.

“Haha..okay..” Balas Alya perlahan. Dah lama tak pergi ke pantai. That one favourite spot. 

_______________________________ 

“Nah. Your favourite coffee.” Sapa Kak Amalia perlahan dari belakang tempat duduk mereka yang diletakkan tikar. Tin Wonda Coffee dihulur ke arah Alya.

“Hahaha…. Saya tak perlu cakap apa-apa kalau dengan akak. Memang semua akak tahu eh?” Respon Alya sambil menggeleng perlahan.

“Of course, jangan main-main dengan mantan exco Kesatuan tau. Ingat akak reti baca report taskforce or biro je ke? Akak reti baca orang jugak tau.” Jawab Kak Amalia bangga.

“Hahaha…I rest my case. Betullah tu. Thanks, Kak Mel!” Alya mengambil air tin yang dihulur tadi.

Senyap.

Tenang mendengar deruan ombak petang ni.

Laut pula tidak pernah menunjukkan ada penghujung.

Luas. Lapang.

Tenang.

“Lawa kan pantai ni, kak?” Tanya Alya memecah keheningan mereka sambil meneguk perlahan kopi tadi.

“Yeah. It’s been my favourite spot since my first clinical posting.” Respon Kak Amalia selamba.

“Haaaa.. so tempat ni la akak selalu gi bila hilang sorang-sorang?” Tanya Alia semula. Curious.

“Haha.. ada je geng kadang-kadang. I appreciate small circles more sometimes.” Jawab Kak Amalia perlahan.

Senyap.

“Macam mana akak tahu ni pun spot favourite Alya?” Soal Alya Kembali.

“Come on, kita dah kenal sejak sekolah, kan? Tudung favourite Alya pun akak tahu.” Sekali lagi Kak Amalia menjawab bangga.

Alya tersenyum kecil sambil menggeleng perlahan.

Senyap kembali.

Pandangan kedua-dua dilontarkan ke lautan yang tidak berpenghujung di hadapan mereka sambil sesekali meneguk perlahan air mereka.

Sesekali Kak Amalia menjeling perlahan memandang wajah juniornya. Alya cuma memandang jauh ke lautan luas tu. Entah sampai ke mana. New York, London atau Bandar Reykjavík dekat Iceland tu. Entah.

Sengaja Kak Amalia tidak bertanya apa-apa. 

Let us enjoy this moment.

Sesekali hujung tudung mengikut perlahan arah angin yang bertiup lembut.

Nyaman.

Senyap. Hanya suara-suara anak kecil dan deruan ombak yang menjadi background music.

“Alya.” Datar suara Kak Amalia menyoal sambil memecah kesunyian. Wajahnya dipaling ke arah juniornya.

“Yup….?” Sahut Alya sambil memalingkan wajahnya ke arah kakak seniornya yang juga merupakan kak naqibah dalam usrahnya.

“You sure you’re okay?” Redup mata Kak Amalia memandang sambil menyoal.

“Haha… I am, kak.” Jawab Alya selamba sambil memalingkan wajahnya semula ke lautan yang berombak perlahan tadi. 

“Okayy…Pejamla mata. Enjoy this moment. Orang busy macam awak ni rare tau akak berjaya culik sampai ke sini. Jangan banyak cakap tau. We never know whether we can have this moment semula, or not. Embrace the moments” Wajah Kak Amalia juga turut dipalingkan ke lautan yang sama. 

“Haha… aye aye captain.” Angguk Alya sambil tersenyum kecil. 

Senyap.

Kelihatan matahari mula terbenam. 

Anak-anak kecil dilihat masih lagi leka bermain di samping ibubapa mereka. Angin bertiup tenang. 

Perfect.

Bunyi ombak yang kadang-kadang hadir sebagai watak memecah kesunyian.

“Kak…..” Panggil Alya perlahan.

“Yes, dear.” Respon Kak Amalia perlahan sambil memandang juniornya di sebelah.

“Can I…can… I..cry?” Air tin kopi yang habis tadi diletakkan di sebelah tempat duduknya. Wajahnya dihadapkan ke bawah. Kakinya dipeluk rapat ke arah tubuhnya.

“Alya……sure, dear. Meh rapat sikit dengan akak.” Respon kak Amalia sambil memandang redup ke arah juniornya. 

Air mata mula mengalir perlahan di wajah Alya. 

Seberang bahu Alya diraih perlahan oleh Kak Amalia sebelum dirinya ditarik rapat ke dalam dakapan seniornya.

Air mata mula dibiarkan laju mengalir. Empangan air matanya pecah.

“It’s just…so many things happened, kak…..so much….Even at home…it’s...too much.” Terang Alya dalam dakapan seniornya sambil diselangi esakan kecil.

“It’s okay…dear. I am here.” Dakapannnya menjadi lebih erat. Dia sedar Alya sebenarnya banyak memilih untuk menyimpan segala yang berlaku despite of acting strong all the times in front of others. Despite of her smile. Despite of her showing her iron lady character dalam kebanyakan situasi termasuk mesyuarat. Despite of her respond “I am okay, kak.”

“Alya lemah ke kak….Alya…..tak patut…macam….ni….kan..kan?...” Soal Alya perlahan.

“No lah… it’s not a crime for being ourselves. Not at all. We don’t have to be superhero all the time. We don’t.” Jawab Kak Amalia perlahan.

Senyap. Hanya esakan dan ombak yang dibiarkan menjadi pemecah kesunyian.

Senja mulai muncul.

Kelihatan keluarga-keluarga tadi mula memanggil anak-anak kecil mereka di pantai untuk berkemas pulang.

Angin sekali lagi bertiup just nice.

Perfect.

“Maaf kak. Alya minta maaf…..” Alya bersuara perlahan dalam dakapan seniornya.

“Haa..kenapa nak sorry ni.” Pelukan dilepaskan perlahan.

“Alya tipu akak harini. Bila akak tanya Alya okay or not.” Pandangannya dialihkan ke wajah seniornya.

“Haha…no worries, dear. Alya tahu kan akak can read your answers without you even answering it this morning? Plus your whatsapp profile picture is not even there. Dah lama tau akak tak nampak sister exco Welfare kesatuan kita punya profile picture.” Terang seniornya panjang lebar sambil memandang wajah Alya. Dagu Alya dipegang lembut.

“Haha….” Alya akur.

“Much better now?” Soal Kak Amalia.

“Yeah….” Alya menjawab perlahan sambil mengangguk dan mengesat baki-baki air matanya.

“Good girl.” Pipi Alya dicubit perlahan.

“Haha..apa ni….sedap-sedap je cubit orang.” Alya cuba menepis perlahan seniornya.  

“Eleh. Tembam sangat. Siapa suruh. Haha. Jom. Kita solat kat surau belakang kedai ni then kita dinner terus sebelum balik, nak? Alya ni bukan boleh caya sangat, nanti dia tak dinner kang.” Cadang Kak Amalia.

“Haha..aye aye captain. Guide me.” Alya mengangguk laju.

_______________________________ 

Selesai solat berjemaah.

Kak Amalia perasan yang masih ada linangan kecil di kelopak mata Alya ketika Alya berdoa.

“How I wish I can understand you more, dear. I cannot guarantee this journey and life would be easy. Stay strong like you always do, Alya. I might not be able to be always there. But know that I am trying my best to be there for you whenever I could. This too, shall pass.”  Monolog hati Kak Amalia sambil memandang redup kepada Alya yang berada di hujung saf depan.

_______________________________ 

Telekung dilipat kemas dalam beg. 

Mereka berjalan beriringan ke arah kereta.

Pintu ditutup perlahan.

Enjin dihidupkan dan kereta mula keluar dari perkarangan surau itu.

“Alya, tadi akak perasan Alya termenung jauh. Alya fikir ape?” Soal Kak Amalia setelah dibiarkan suasana sunyi seketika tadi.

“Hahaha…I am appreciating the moment yang entah bila Alya boleh experience lagi lepas ni. Just like you said, kak.” Respon Alya selamba.

“Hahaha. Good girl.” Kak Amalia mengenyit mata ke arah juniornya.

Suasana kembali senyap. Sekali lagi, hanya suara perlahan radio yang memecah kesunyian itu.

“Kak, thanks….” Alya bersuara perlahan.

“For being your kakak yang forever comel? No problem. I am glad to be that one.” Kak Amalia terus menyambung ayat Alya.

“Haha.. for today la, kak.” Respon Alya pantas.

“I wish I can do more today, Alya.” Kak Amalia terus membalas.

“Hahaha… you’ve done a lot kak. It means a lot… It really is.” Alya membalas semula.

“Nope. Not yet.” Selamba Kak Amalia menambah.

“Haa….kenapa ni. Datang dah random dia.” Alya keliru. Random kakak naqibah dia dah datang.

“Haha..our lepak today will be incomplete tanpa bawak balik aiskrim.” Kak Amalia selamba menjelaskan.

“Hahaha. True. Since akak belanja makan tadi, so today’s aiskrim will be on me, onz?” Alya terus mencadang.

“Hahaha. I cannot argue dengan akak exco Kesatuan, kan?” Selamba Kak Amalia membalas.

“Haha. No, honorable miss mantan exco.” Alya laju menjawab.

“Hahaha. Fine. Next time it will be on me. Tak kira.” Kak Amalia menjawab malas.

“Okay! Macam sempat je nak lepak lagi. Few weeks je kan akak tinggal? Lepastu akak exam and akak akan grad.” Alya tersengih nakal. Walaupun dalam hatinya mula mixed feelings. 

“Haha. Stop. You’re making me old….” Kak Amalia mengeluh perlahan.

“Haha. You already  are, kak Mel.” Alya terus memotong ayat seniornya.

“Fineeee.” Kak Amalia menjawab malas.


“People don’t always need advice. Sometimes all they really need is a hand to hold, an ear to listen and a heart to understand them.”
- Anonymous

“Kindness is choosing to acknowledge and celebrate the beauty in others, regardless of whether or not they can find it in themselves.”
- Anonymous

That Alya can be one of us. That Kak Amalia can also be one of us. 

Stay strong. And let’s be kind. Especially to ourselves. And if, there’s none.  Let’s be one.


Comments

Post a Comment

Popular Posts