Cuti Semester

By: Anwar Mc Noo
“The life you have left is a gift. Cherish it. Enjoy it now, to the fullest. Do what matters, now.”
― Leo Babauta

Selesai solat dhuha. Phone Samsung Galaxy J7 di sebelahnya diambil.

Application Timetable dibuka. Kalau sebelum ni  apps itu penuh dengan study group, exam, test, meeting, post-mortem program dan kelas. Namun, setelah dia update apps itu minggu lepas, ianya dipenuhi dengan house chores yang telah disusunnya dengan teliti. Hari Isnin basuh baju, dan lipat baju. Hari  Selasa iron baju dan kemas bilik. Hari Rabu kemas bilik adik-adik dan bersihkan garaj. Begitulah serba sedikit perubahan jadual yang dirancangnya untuk cuti semester ini.

"Okay, harini aku basuh baju dulu." Dia tersenyum. Telekungnya dilipat kemas dan langkahnya terus dihalakan ke bilik maknya tapi ada satu benda yang hilang di situ.

"Alamak."

Individu yang sepatutnya ada di situ juga tiada.

"Mungkinkah...?" Hatinya berdegup kencang.

"MAAKKKKKKKK!" Pantas langkah disusun gadis itu menuruni tangga dengan kelajuan Fast and Furious.

Sampai di tingkat bawah, dengan kelajuan cahaya pula, dia terus menghala ke dapur.

"Mak buat apaaaaa niiiii?" Soal gadis itu kepada seorang wanita yang sedang mengeluarkan baju-baju dari bakul merah jambu untuk diletakkan di dalam mesin basuh.

"Takpelah Nadia, mak yang nak buat." balas wanita itu.

"Lagipun, mak tahu kamu penat, kan. Waktu semester sebelum ni pun kamu banyak join aktiviti2 universiti and kamu pun antara Student Leaders pulak tu. Pastu, sebelum ni pun Syasya pernah call mak kata kamu mengadu kat dia sebab penat sangat jadi Program Master untuk 2 program serentak haritu, kan? Cuma kamu taknak call kat mak sebab kamu taknak mak risau je. Jadi, kamu tu rehat je, baru sampai rumah pulak tu. Mesti penat kan. Rehat dulu ya." Tambah wanita itu.

"Program Manager lah mak, hehehe. Oh, patutlah Syasya kata ade surprise untuk Nadia. Hmm. Reporter tanpa tauliah rupanyaaaaa. Nak kena dia niiiii. Siap dia pasni."

"Mak, takpe mak, Nadia jugak yang nak buat ni, Nadia dah plan untuk basuh baju harini dari minggu-minggu lepas lepas lagi hehehe." Baju-baju itu kemudiannya disusun oleh Nadia di dalam mesin basuh itu dan Dyanamo berwarna biru terus diisinya. Button 'Start' terus ditekan.

"Lagipun kan mak, takkan masa dengan ibu yang comel dan tersayang dekat rumah ni Nadia nak korbankan lepas apa yang Nadia join kat universiti? Hehehe. Mak duduk rehat je. Nadia tahu mak lagi penat. Lepas abah tinggal kita tahun lepas, semua mak yang buat. Lagipun, untuk tinggal semua kat bahu mak je, Nadia confident bukan tu yang abah nak, kan mak? Nadia sayang abah dan mak."

Setiap kali teringat arwah abah, matanya pasti bergenang dengan air. "Lap cepat-cepat Nadia, mak kau kat depan ni wehhh!" Monolog Nadia bersendirian.

"Mak tak pernah penat pun untuk keluarga, Nadia." Suasana menjadi senyap. Wanita itu seperti  kehilangan kata-kata. Matanya juga mempunyai butir-butir jernih yang hampir mengalir di kulit tuanya.

Pantas Nadia memeluk tubuhnya dengan erat.

"Mak dan adik-adiklah keutamaan Nadia. Tak pernah sekalipun mak dan adik-adik takde dalam fikiran Nadia, mak. Nadia pun tak penat bila ada dengan family. Nadia dan adik-adik pun nak jadi ironwoman macam mak."

Airmata wanita itu dilap oleh Nadia.

"........Syukur mak ada Nadia dan adik-adik." Pelukannya bertambah erat.

"Of course sebab mak bukan sudu tauu. Mak tahu apa beza mak dengan sudu?"

"Sudu? Hmmmm, apa dia?" Kelihatan wanita itu semakin tenang.

"Sudu ada garfu, mak ada Nadia! Hehehee."

"Eyyy Nadia niii punnn, siapa ajar pickupline macam niiiii? Ada je idea tuuuu."

"Instagram semalam mak, hehehe."

P/s: This article has been shared in author's FB

Comments

Popular Posts