BELAJAR

 By Anwar Mc Noo 

Selesai solat maghrib aku bergerak pulang ke asramaku yang terletak di atas bukit. Aku keluar dari masjid dan terus melangkah ke arah motor yang diletakkan bersebelahan barisan motorsikal-motorsikal pelajar yang lain. Aku masukkan kunci motor, dan menghidupkan enjin dan terus meluncur melawan angin malam menghala ke arah asrama.

Kelihatan dari luar, bilik aku masih gelap. Rasanya kawan2 sebilik aku masih makan di kafe bawah. Pintu pun dibuka. Aku menguncinya dari dalam.

Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke katil, melompat ke arah katil dan terus berbaring. 

"Penatnyaaaaaaaa." Aku menguap. Harini kelas sampai 7pm. Penat betul. Semua subjek core pulak harini. 

Tok tok tok!

Bunyi pintu diketuk dari luar.

"Weh Ayed, kau ada kat dalam en? Aku tertinggal kunci wehhhhhhhh!" Kedengaran suara dari luar bilik sambil mengetuk pintu.

Haih, si Am ni. Tertinggal kunci je selalu. Sedangkan kunci ada je kat atas meja dia. Bukannya nak ambik.

"Kejap, kejappppp, aku datanglah ni."

Pintu dibuka perlahan. 

"Thank you, Yeddd! Kaulah sahabat dunia akhirat aku walaupun kau dah nak kawin nanti." Jelas senyuman memenuhi wajah classmate dan roommate aku ni, Am. 

"Ke situ pulak kau. Kau tak join diorang makan ke kat kafe?"

"Hahahahaha, tak2. Ada hal sikit. Aku makan lepas jumpa orang kejap kot nanti."

"Macam selalu. Bilalah kau nak ada proper mealtime ha?"

"Hehehe, cuti sem nanti aku jagalah." Balas Am perlahan.

"Yelah2."

Am terus ke ruang biliknya dan membuka jubah yang dipakai dua lapis bersama t-shirt roundneck yang dipakai di dalam. Dia meletakkan beg yang dibawa ke kelas di atas katil dan menggantung kad matrik pelajarnya di tempat gantung bersebelahan locker. Kemudian dia menyarung jaket universiti di atas t-shirt tadi dan ambil buku nota tebal berwarna ungu yang sentiasa dibawa kalau ada mesyuarat atau apa-apa perjumpaan persatuan universiti.

"Mesyuarat lagi lah tu. Kelas baru je habis sebelum maghrib tadi weh. Kau tak penat ke semua ni?" Aku dah lama simpan soalan ni. Sudah tiba masanya aku keluarkan.

"Haha mesyuarat fakulti je kejap. Ini pun sebab aku nak belajar, Yed. Bukan saja2, hehe." Balas Am bersahaja.

"Yelah tapi kau tak penat langsung ke? Taknak rehat ke sehari? Semalam pun ada mesyuarat kan? Esok program kita pulak." Aku kembali menyoal, mahukan kepastiannya. Aku pelik dengan sikapnya yang jarang stay di bilik.

"Aku datang tempat ni untuk belajar. Bukan untuk rehat, Yed."

Aku rasa terpukul dengan kata-kata tu. Mungkinkah aku yang tersilap fokus selama ni? Fikiran aku mulai ligat mencari jawapan.

"Malam ni pukul 11pm kita start discussion Anatomy kan?" Am menyoal. 

"Wehhh, kau dengar tak aku tanyaaaa ni? Discussion pukul 11pm ke 12? Aku nak mindset awal-awal ni, haha." Am kembali menyoal.

"Ehh.... sorry2, 11 pm, Am. 11pm Sharp tau. By the way, tolong belikan maggi kari satu nanti kat bawah. Aku nak stay up untuk quiz esok. Kau nak join tak?" Aku membalas selepas tersedar yang aku jauh sangat fikir sorang2 tadi lepas Am cakap macam tu.

"Hahahaha, okay nanti aku join sekali makan maggi tau." Am membalas ringkas.

"Hahaha, agak dah, ajak maggi terus on." 

"Okay aku keluar dulu Yed. Pape roger!" Kata Am sambil terus menutup pintu bilik sebelum memakai sandal crocs-nya dan berlalu pergi ke tingkat bawah asrama.

P/s: This article has been posted by the author on his Facebook

Comments

Popular Posts