Kisah Api dan Air

by NHNA


Tidak akan nyala walaupun sedikit sekiranya tiada bahan bakar. begitulah terjaganya API.

Tidak akan membasahi walaupun sedikit sekiranya kosongnya tangki.
begitulah ketetapan AIR.

Api dan air ini merupakan talian yang paling kukuh tanpa ada sempadan. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain.
Dan, kedua duanya perlu kawalan yang bijaksana.

Buktinya,

Di saat api dibebani bahan bakar yang menekankan dirinya untuk terus menyala, teriakan suara api hanya perlu didengari oleh air yang akan memadami atau mengurangi nyalaan api. Pastinya api akan lekas berasa sejuk kerana air telah membasahi beban bahan bakar tersebut.

Bukan api sahaja yang memerlukan air, air juga memerlukan api.

Di saat air sedang kesejukan kerana lebihnya sumber yang diberikan, pasti terpanggilnya api untuk menyalai, agar air terbebas daripada kesejukan. Pastinya air akan dapat berasa sedikit kehangatan.

Jadilah air yang dapat menyejukkan nyalaan api yang panas.

Dan,

Jadilah api yang menghangatkan air yang hampir beku.

Akhir sekali, Jadilah manusia yang bermanfaat untuk seluruh alam.

P/s: Tulisan ini telah dikongsi di Fb penulis: Nor Hidayatul Hikmah

Comments

  1. mini roulette table【VIP】dun slot game online online 카지노사이트 카지노사이트 bet365 bet365 메리트 카지노 고객센터 메리트 카지노 고객센터 534Best Bet Football Prediction Site In Nigeria

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts