Sepucuk Surat Untuk Aku dan Kamu
by Ismie_Hazira
Telah habis satu tahun yang pada saya, seorang budak 20 tahun, yang muda, yang berdarah panas, yang tidak sabar, yang semua benda tidak adil, yang cemburu, yang geram, yang terkilan, yang kecewa, yang pendek akal, dan segalanya sifat yang melawan kepada kebaikan
Dan disebabkan semua kekurangan itu, sisa disember ini saya belajar satu perkara, selagi Allah izin hidup di dunia, hiduplah. Dan tiada sebab lain untuk kehidupan itu diteruskan, kecuali untuk diri kita sendiri
Oktober 2016 sehingga disember 2017, ialah hari-hari yang penuh dengan tangisan, raungan, lolongan, tekanan, pekikan, kemurungan, keresahan, kebimbangan, sakit, luka, koyak rabak. Sehinggakan seorang anak muda ini;
Dan kemudian saya belajar bahawa doa itu, bukan sepatutnya keluar daripada mulut orang beriman. Kerana orang beriman, sifatnya tidak berputus asa dengan rahmat Tuhan. Sungguh, hari ini doa itu telah berubah.
Ada masa, kita rasa ujian datang bertimpa-timpa
Ada masa, kita rasa putus asa
Ada masa, kita rasa dunia ini semuanya serba tidak kena
Ada masa, kita rasa dunia ini seluruhnya serba tidak adil
Maka tahulah, bahawa yang zalim kepada kita, adalah diri sendiri
Masa-masa yang kita ukur dunia dengan dunia, rugilah kita
Masa-masa yang kita mula memandang dunia dengan akhirat, semoga ada kebaikan untuk kita
Ujian, tribulasi, dugaan, cabaran
Diceritakan di dalam Quran tentang Rasul dan para Nabi
Tentang kesabaran
Tentang ketaqwaan
Tentang tawakal
Bagaimana mahu masuk ke syurga
Bagaimana bukti beriman kepadaNya
Dengan ujian-ujian
2017,
Alhamdulillah. Semoga di situ berakhirnya tangisan dan kesakitan
Yang Allah izinkan, untuk hari ini kita belajar makna hidup yang sebenar
Kadang-kadang, ujian adalah satu sentuhan
Pulanglah, kepada Tuhan
Datanglah ujian-ujian daripada Allah, sehingga kita merasakan "Allah, matilah aku hari ini."
Tapi tengoklah semula berapa kali kita rasa sedemikian, hari ini kita masih lagi berdiri, dan bernafas dengan baik, bukan?
Maka ketahuilah
Apabila ditimpakan ujian, bersangka baiklah dengan pertolongan dan bantuan Allah
Ujian itu disebaliknya kebaikan
Ujian itu disebaliknya rahmat
Ujian itu disebaliknya petunjuk
Allahuakhbar
Kalau hari ini orang bertanyakan, "Mengapa hidup?"
Semoga datang kepada kita segala kebaikan-kebaikan
Semoga Allah redha
*Perkongsian ini telah dikongsi di Instagram penulis: @ismie_hazira
Bismillah
It's a wrap. Alhamdulillah thumma alhamdulillah
Telah habis satu tahun yang pada saya, seorang budak 20 tahun, yang muda, yang berdarah panas, yang tidak sabar, yang semua benda tidak adil, yang cemburu, yang geram, yang terkilan, yang kecewa, yang pendek akal, dan segalanya sifat yang melawan kepada kebaikan
Dan disebabkan semua kekurangan itu, sisa disember ini saya belajar satu perkara, selagi Allah izin hidup di dunia, hiduplah. Dan tiada sebab lain untuk kehidupan itu diteruskan, kecuali untuk diri kita sendiri
Oktober 2016 sehingga disember 2017, ialah hari-hari yang penuh dengan tangisan, raungan, lolongan, tekanan, pekikan, kemurungan, keresahan, kebimbangan, sakit, luka, koyak rabak. Sehinggakan seorang anak muda ini;
"Ya Allah kalau mati itu lebih baik, matikan aku."
Dan kemudian saya belajar bahawa doa itu, bukan sepatutnya keluar daripada mulut orang beriman. Kerana orang beriman, sifatnya tidak berputus asa dengan rahmat Tuhan. Sungguh, hari ini doa itu telah berubah.
"Ya Allah, terima kasih sebab masih lagi dipanjangkan hidupnya."
Ada masa, kita rasa putus asa
Ada masa, kita rasa dunia ini semuanya serba tidak kena
Ada masa, kita rasa dunia ini seluruhnya serba tidak adil
Maka tahulah, bahawa yang zalim kepada kita, adalah diri sendiri
Masa-masa yang kita ukur dunia dengan dunia, rugilah kita
Masa-masa yang kita mula memandang dunia dengan akhirat, semoga ada kebaikan untuk kita
Ujian, tribulasi, dugaan, cabaran
Diceritakan di dalam Quran tentang Rasul dan para Nabi
Tentang kesabaran
Tentang ketaqwaan
Tentang tawakal
Bagaimana mahu masuk ke syurga
Bagaimana bukti beriman kepadaNya
Dengan ujian-ujian
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Surah Al-Ankabut, Ayat 2-3)
2017,
Alhamdulillah. Semoga di situ berakhirnya tangisan dan kesakitan
Yang Allah izinkan, untuk hari ini kita belajar makna hidup yang sebenar
Kadang-kadang, ujian adalah satu sentuhan
Pulanglah, kepada Tuhan
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah; 156)
Datanglah ujian-ujian daripada Allah, sehingga kita merasakan "Allah, matilah aku hari ini."
Tapi tengoklah semula berapa kali kita rasa sedemikian, hari ini kita masih lagi berdiri, dan bernafas dengan baik, bukan?
Maka ketahuilah
أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
(Al-Baqarah; 157)
Apabila ditimpakan ujian, bersangka baiklah dengan pertolongan dan bantuan Allah
Ujian itu disebaliknya kebaikan
Ujian itu disebaliknya rahmat
Ujian itu disebaliknya petunjuk
Allahuakhbar
Kalau hari ini orang bertanyakan, "Mengapa hidup?"
"Sebab Tuhan aku adalah Allah. Dan hidup aku akan dipandu dengan Quran."
Semoga datang kepada kita segala kebaikan-kebaikan
Semoga Allah redha
*Perkongsian ini telah dikongsi di Instagram penulis: @ismie_hazira
Comments
Post a Comment